Sunday, February 28, 2010

TERBACA.

Ni aku ada terbaca lah kat blog org lain. 

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.--.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.--.-.-.-.-.-.-.-.-.


Suami,Aku dan Anak impian.

'Orang lain senang dapat anak tetapi saya terpaksa menunggu lebih 10 tahun untuk bergelar ibu. Saya terpaksa melalui sebanyak 16 kali proses rawatan kesuburan termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) dan Intra-cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) sebelum berjaya mengandungkan anak-anak saya' akui baginda jujur. Kata- kata puteri Sultan Johor isteri kepada Tengku Mahkota Pahang inilah yang mengembalikan semangat aku…

Sesungguhnya takdir tidak mengenal siapa…sungguhpun baginda puteri punya banyak wang sehingga mampu menjalani ICSI sebanyak 16 kali, tetapi bukan itu yang menjadi aku kagum kepadanya, tetapi tentang ketabahan dan kecekalan tinggi baginda mendepani takdir tidak memperoleh cahaya mata selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga dengan Tengku Mahkota.

Biar seberat mana pun hambatan dugaan yang ada di depan, sebagai hamba Allah yang reda dengan ketentuan qada dan qadar orang yang sekapal dengan aku, luhur menyerahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa. Manusia mana yang tidak mahu zuriat selama 4 tahun menanti kehadiran Cahaya Mata.. sehingga kini aku masih belum punya cerita gembira yang boleh dikongsi, tipulah kalau aku katakan yang aku tidak sedih… setiap saat, dan setiap kegembiraan saudara dan sahabat menanti kehadiran aNUgERAh Ilahi ini.. Saat itu jugalah hati ini pasti terusik, rase sedih, rendah diri, namun aku kuatkan semangat…sungguhpun aku masih belum punya Cahaya Mata, namun aku harus panjatkan kesyukuran, sesungguhnya aku masih punya teman disisi..Suami tercinta.. seorang yang penyayang, yang setiap hari tidak pernah jemu melayan kerenah aku… aku masih punya keluarga yang bahagia.. mengisi kekosongan kesunyian aku hari demi hari..

Terima Kasih Ya Allah..Hari demi hari aku menanti saat2 yang diidamkan mane2 pasangan yang berumahtangga..aku semakin redha dengan takdir Illahi.. jika ini lah yang Allah rancang utkku dan suami..Jangan persoalkan (ketentuan Allah) Ingatlah, segala apa yang kita inginkan mungkin tidak baik buat diri kita. Dalam surah Al-Baqarah ayat 216 (2:216) Allah berfirman yang maksudnya: “…tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..”..Kembali kepada janji Allah..Hati semakin lapang menerima dugaan Tuhan..Sesungguhnya Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan & kesanggupan hamba-Nya..

Hidup bukan untuk mendapatkan zuriat tetapi untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Apa rezeki yang Allah berikan merupakan bonus….Namun usaha tetap diteruskan demi zuriat..Jika Insan lain amat mudah merancang utk memdapatkan zuriat tetapi bagi aku dan org yg sekapal ngan aku - masa, pengorbanan, wang ringgit dan perasaan harus dikorbankan atas nama zuriat…

Dalam surah Al-Baqarah Ayat 186 (2:186) Allah berfirman yang maksudnya: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran…

Semoga ada sinar kebahagiaan..menanti…..

PS: HIDUP INI MEMUNGKINKAN SERIBU PERTANYAAN. SIAPA YANG BERUSAHA, PASTI BEROLEH HASIL DARI APA YANG DIUSAHAKAN. SIAPA YANG BERSYUKUR, PASTI AKAN MENDAPAT LEBIH BANYAK GANJARAN DAN PAHALA DARI NIKMAT YANG DISYUKURINYA.

No comments:

Post a Comment