Wednesday, April 28, 2010

RENUNGAN.

Renungan untuk mengubah sikap.
*artikel ini diamek dari {kataganti}
Di dalam blog ini terdapat kuliah dan juga sajak.
Semoga kita sume mendapat manfaat daripadanya.

Renungilah kata2 madah ini, moga2 madah ini dapat mengingatkan kita tentang dosa yang selalu kita lupakan , moga dengan mengingati dosa , datang rasa2 kehambaan , kerana rasa2 inilah yang Tuhan mahu di dalam sebarang tindakan;

1- “Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan”


2- “Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata.”


3- “Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita.”


4- “Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan”


5- “Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa.”


6- “Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba.”


7- “Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak”.


8- “Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin.”


9- “Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak.”


10- “Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.”


11- “Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka.”


12- “Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya.”


13- “Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing.”


14- “Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai”


15- “Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah.”

16- “Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya.”


17-”Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia.”


18-“Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.”


19- “Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat”


20- “Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan.”

PS: Takut!!!

Sunday, April 25, 2010

TERIMAKASIH.

TERIMA PACKAGE!!!!
AKU SUKA! SUKA SKALI!!!
Aku bertemu dengan AS kat blogger. Actualli aku nampak her multiply ikon, sering masuk kat aku nyer multiply.com nyer blog tapi tak tegur sapa lah. Then last year dia nampak aku kat KL tapi tak tegur sapa jugak, dia ingat aku sombong ngekngok. Bila aku bukak buku kat blogger, eh aciam bleh aku terlalu kat blog dia. Lah! Dah jodohkan nak dikawankan. Alhamdullillah bertemu kita kat blogger!

Tak sampai setahun lah kami kenal tapi borak2 dah mcm bertahun2 aku kenal dia. Lovely lady, easy going, joker and dia lah geng Whatsapp aku time boring2. hihi. Ni smlm ni har aku terima kotak dari jiran aku. Dia ckp postman datang kat uma aku tapi takde org so dorang terima on my behalf lah.
Mekasih byk2 AS, sudi berkongsi keropok ikan, udang kering dan ikan bilis. Terharu lagi bila AS post her kuah kacang kat aku.
Thanks many2 babe.
hugs.


Friday, April 23, 2010

TGIF.


Skiing trip aku ok lah tapi setelah 2 hari belajar camne nak skiing, aku dah tak boleh take it lah.
Aku takut kalo2 aku jatuh patah kaki ke, salah urat ke, terantuk kepala ke,.. ish taknak ah. Aku dah bilang ngan laki aku pon .. this is my first and the last ok, no more skiing trip. Diam jer pak mat aku tu.

Anyway, niari jiran aku (laki bini) nak pegi konzert so smlm bini org sebelah tanya laki aku if kita ada plan Jumaat mlm? So laki aku ckp lah kitaorg free. So dia sound lah kalo kita nak babysit 2 org anak dia tu. Anak dia yg lelaki ok lah dengar kata tapi yg si perempuan tu manja tau kalo dengan aku..maklum lah apa dia nak, aku kasi green light jer. Kita pon invite dua budak tu makan mlm kat rumah kita. Tak lah, aku tak masak, laki aku beli makanan kat McD! ahh senang kan, tak payah aku nak stress on Friday night. hihi


PS:Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, itu bermakna kita diperlihatkan kemurahan NYA.
Apabila kita mendapat sesuatu musibah pula, itu bermakna kita diperlihatkan kekuasaan NYA. Maka DIA pada segala perkara memperkenalkan diri NYA kepada kita dengan menunjukkan hakikat wujud kelembutan NYA...

TEARS.

Meh aku kasi korang terharu hari ni k.
Pasti airmata korang berkumpul kat daerah mata.
Tak boleh ku bayangkan kalo bapak kena pegi Iraq (perang wei perang) semasa usia kita masih budak/baby.
hu hu hu.
Happy weekend:))





Thursday, April 15, 2010

SKI.


Chevera's family weekend trip to Austria.
Besok, Jumaat kul 3 pagi kita bertolak dari rumah ke Austria.
Actually ni pertama kali tau aku gi skiing.
Tatau lah if i will enjoy it sbb aku ni kalo benda2 mcm roller skate/blade, ice skating mmg aku tak minat apa lagi skiing. Laki aku lah ngan mertua beriye2 i should learn skiing.
Takpe, akan aku buktikan yg aku boleh skiing okeh.
MELAYU BOLEH!
YAY!

AKu ucapkan korang have a wonderful weekend .
Take care.

UMUR.



HAPPY BIRTHDAY AMY!
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga berbahgia dengan suami tercinta.
Amin.
Have fun today.

Tuesday, April 13, 2010

TUDUNG.

Kes Dera – Bapak Pukul Anak Yang Nak Pakai Tudung!
Dipetik dari {suhailatrdg}

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Aku rasa macam hidup sebatangkara je. Aku ada 3 orang adik beradik tapi semua tak nak pakai tudung. Kenapa? Salah ke aku nak tutup aurat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
 Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
 Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Ayah, apa nak jadi, jadilah zaza nak pakai tudung. Zaza nak jugak!”
 Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati ayah! Zaza tau la ayah rasa malu kalau Zaza pakai tudung. Salah ke kalau Zaza nak tutup aurat Zaza? Kalau adik dan abg tak nak….”
 Pangggggggggggggggggggg….! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
 “Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.
 Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
 PS: LUOLKENABEB Jangan Marah Ye.. Hehehe..

Monday, April 12, 2010

ABUSE.



PS: Eish, korang kalo ada nanny ke, maid ke.. baik2 lah. Mmg lah kita percayakan yg si tukang jaga kan, tapi jgn lah percaya sgt melainkan mertua kita atau ibu bapa kita yg jagakan. tak sampai ati aku nengok ni abuse tau;x

SMOKING.



PS: apa lah yg dorang banggakan sgt si budak kecik ni merokok! Kalo lah ada org yg benci ngan perangai org2 dewasa sekeliling budak tu, dah mmg kena sepak terajangkan. ISH!

Sunday, April 11, 2010

MUFFINS.

Mertua aku in town this weekend.
So kita org jemput dorang for coffee lah this afternoon.
Sempat aku buat cherry muffins.
kat resipi taruk 170g sour cherries, aku taruk 370g..ahh satu botol skali aku abiskan! LOL
slamat tak bantut or terlalu berair, just nice jer.
Aku bedal 3!
Happy Sunday.

PS: cuaca smlm mcm mood swing. skejap panas, tetiba hujan, panas, hujan, panas ..hujan.

Friday, April 9, 2010

PERTANYAAN.




Wahliao, tak pernah2 ada sorang rakan aku ni pagi2 dah sms tanya aku nak anak ke tak? Tatau ke nak tanya aku apa khabar ke, cuaca kat sini mcm mana ke, dah serapan ke belum ke atau masak apa ke! Ni tak, tetiba, out of the blue sms 'EH KAU TAKNAK ANAK KE, AKU RISAU LAH' .. mcm aku nak tonyol jer dahi dia, pakal lah sms! Apa lah org2 ni eh, tanya main sondol jer, tatau ke kita manusia punya perasaan!
BOFODOHFOH! Pagi2 sabtu buat aku fume tapi.. (tarikk nafass panjangg) sabar! sabar! SABBBBBBBARRRRRR!!
Geram mmg geram lah tapi nak buat camne kan, dah mulut org, nak bisukan pon takboleh, dorang bukan budak2 lagi, dah mak budak pon weii.

Buat bloggers, pembaca atau sesiapa lah yang sedang bergelut dengan masalah ketidaksuburan, ni ah aku pasti korang merasa sedih, serba salah, depress dan negatif. Fikiran diisi dengan benda-benda yang negatif serta tak rasional.

Sebagai wanita dan hamba Allah yang lemah kita tidak dapat lari dari merasa kekencangan emosi kita. Betol tak? Bila korang terpaksa berhadapan dengan masyarakat, terutama desakkan, kutukkan dan juga gosip berkenan diri korang ia mampu menggoncang keimanan yang tersemat di dada. Betol tak?

Wahai diriku atau sesiapa lah yg melalui apa yg aku lalui, mari lah kita sama2 jangan bersedih. Allah berfirman bahawa jika Dia mahukan kebaikan ataupun Hasanah untuk hambanya maka dia akan datangi hambanya dengan musibah dahulu. Kemudian barulah Allah akan gantikan dengan ganjaran yang sesuai untuk hamba-hambanya yang bersabar.

Sekarang, lantaran ditimpa ujian yang Maha berat ini, aku ingin mengingatkan diri aku dan sesiapa yg sewaktu dengan aku bahwa Allah itu Maha Adil dan menyayangi kitaorg. Jawapan samada korang akan hamil atau tidak akan terjawab bila sampai masanya yang sesuai. Hanya Allah maha mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk aku atau sesiapa yg childless menimang anak.

PERSETANKAN cakap orang. Kerja memberi rezeki memanglah macam seorang lagi rakan aku tu sebut - Ia kerja tuhan - bukan kerja kita... jadi buat apa buang masa memikirkan tentang masa hadapan kita. Itu merupakan satu pembaziran masa dan tenaga korang, Betol tak?

Rebutlah peluang untuk hidup dan menghayati saat saat pada hari ini kerana sekarang adalah hadiah tidak ternilai dari ALLAH!!! Mana tahu lantaran usaha gigih korang, kesabaran korang dan kepercayaan korang pada Tuhan maka Allah akan memberikan zuriat jua pada kitaorg lah. Insya'Allah.

Aku yakin Allah tidak akan menzalimi kitaorg.

LIVE TODAY FOR TODAY
NEVER GIVE UP
HAVE FAITH IN ALLAH!

PS: Pahamilah kami yg masih childless ni. Tak usah nak tanya bila nak anak tapi sebaliknya tanya bila nak gi holiday. Ahh sedap jugak aku dengar.

Thursday, April 8, 2010

APA CRITA?

CUTENESS : {nataliedee.com}

Hm. COBAAN. Mcm last time, first consultation ada jer yg berlaku, sampai terpekek terlolong. Niari plak, laki aku busy...BUSYY SAMPAI TERLUPA NAK BAWAK WALLET! Haiz. Dah lah masuk parking yg ada parking ticket tu kan.. so mcm mana nak bayar kalo dia tak bawak duit. Selamat lah dia sedar sebelum masuk clinic kat tingkat empat tu. Haiz. So keluar balik lah dari that parking lot. Apadahhh!! Kita terus cari parking yg terbuka lah, slamat tak kena saman bila kita keluar dari clinic.

Ok tu takpe, perkara kecil kan. So niari kat clinic, aku diultrasound. Doctor muda melayan kita dua. Dah lama tak nampak si doctor tok tu, mana dia eh? Ok takpe dengan dia..si Doctor muda tanya aku mcm mana? Aku ckp lah aku ok. Dia tanya lagi kalo aku ada sakit2 apa2 lah. Aku ckp tak..si laki aku pon menyampok lah yg aku ada segugut bila uzur that time. Eh tak iye kan...aku LUPA!!! so aku ckp lah segugut aku ni time sesangat berbisa. Dia ckp tu normal.

So now..what next kan? aku kena tunggu uzur aku tiba. Kalo uzur sudah tiba, kita kena talipon clinic straight away to fix for another appointment. Aku dengar have to wait another 19-20 days for another check-up after our call.
LAMANYA!!!!

PS: Eh aku lagi bleh tanya..TAK AMEK DARAH KE? Slamat niari tak payah keluarkan darah:))

PS: WAH laki aku tak terkopak satu sen pon!!!

MAFALASFAS.

Nicole Richie and Joel Madden pose with baby Harlow.
Image via: Hollywoodcrap.com

Wahh malasnya aku niari nak bergerak kluar nanti siang gi clinic.
Tatau lah asal kali ni mood aku mcm tak excited.
Lemau.
Aku harap korang semua sihat wal'afiat.
Take care.

Wednesday, April 7, 2010

CELEBRITY LAH.

Chris (Coldplay) and Gwyneth with their two children Apple and Moses

Eh.
Celebriti weii, nama anak mesti kena lain dari yg lain kan baru glamzz.
Here are the Top 30 weird and craziest celebrity baby names
(in alphabetical other).


Apple
Chris Martin and Gwyneth Paltrow


Aurelius Cy
Elle Macpherson and Arpad Busson


Blue Angel
U2’s The Edge and Aislinn O’Sullivan


Bluebell Madonna
Geri Halliwell


Brooklyn
David and Victoria Beckham (also parents to Romeo and Cruz)


Destry
Steven Spielberg and Kate Capshaw


Diezel Ky
Toni Braxton and Keri Lewis (also parents to Denim Cole)


Fifi Trixibell
Bob Geldof and Paula Yates (also parents to Peaches and Pixie)


Fuchsia
Sting and Frances Tomelty


Gaia
Emma Thompson and Greg Wise


Gulliver
Gary Oldman and Donya Fiorentino


Hopper
Sean Penn and Robin Wright


Ireland
 Alec Baldwin and Kim Basinger


Jaz
Steffi Graf and Andre Agassi


Kal-El Coppola
Nicholas Cage (Kal-El is Superman’s original birth name)


Kyd
David Duchovny and Tea Leoni


Liberty
Ryan Giggs


Luna Coco Patricia
Frank Lampard and Elen Rive


Memphis Eve
Bono


Moon Unit
Frank Zappa, also father to Dweezil and Diva Muffin


Ocean
Forest Whitaker (also father to Sonnet and True)


Pilot Inspektor
Jason Lee and Beth Riesgraf


Poppy Honey
Jamie and Jules Oliver (also parents to Daisy Boo)


Saffron Sahara
Simon and Yasmin Le Bon (also parents to Amber Rose and Tallulah Pine)


Sage Moonblood
Sylvester Stallone and Sasha Czack (also parents to Seargeoh)


Shiloh Nouvel
Brad Pitt and Angelina Jolie


Suri
Tom Cruise and Katie Holmes


Tallulah
Bruce Willis and Demi Moore (also parents to Scout and Rumer)


Willow Camille Reign
Will Smith and Jada Pinkett-Smith


Zola
Eddie Murphy and Nicole Mitchell


PS : ahh korang ada terpikir ke nak namakan anak glamz? AKU?? Ada.
'SALJU SUTERA'... LOL!!!!!