Friday, April 9, 2010

PERTANYAAN.




Wahliao, tak pernah2 ada sorang rakan aku ni pagi2 dah sms tanya aku nak anak ke tak? Tatau ke nak tanya aku apa khabar ke, cuaca kat sini mcm mana ke, dah serapan ke belum ke atau masak apa ke! Ni tak, tetiba, out of the blue sms 'EH KAU TAKNAK ANAK KE, AKU RISAU LAH' .. mcm aku nak tonyol jer dahi dia, pakal lah sms! Apa lah org2 ni eh, tanya main sondol jer, tatau ke kita manusia punya perasaan!
BOFODOHFOH! Pagi2 sabtu buat aku fume tapi.. (tarikk nafass panjangg) sabar! sabar! SABBBBBBBARRRRRR!!
Geram mmg geram lah tapi nak buat camne kan, dah mulut org, nak bisukan pon takboleh, dorang bukan budak2 lagi, dah mak budak pon weii.

Buat bloggers, pembaca atau sesiapa lah yang sedang bergelut dengan masalah ketidaksuburan, ni ah aku pasti korang merasa sedih, serba salah, depress dan negatif. Fikiran diisi dengan benda-benda yang negatif serta tak rasional.

Sebagai wanita dan hamba Allah yang lemah kita tidak dapat lari dari merasa kekencangan emosi kita. Betol tak? Bila korang terpaksa berhadapan dengan masyarakat, terutama desakkan, kutukkan dan juga gosip berkenan diri korang ia mampu menggoncang keimanan yang tersemat di dada. Betol tak?

Wahai diriku atau sesiapa lah yg melalui apa yg aku lalui, mari lah kita sama2 jangan bersedih. Allah berfirman bahawa jika Dia mahukan kebaikan ataupun Hasanah untuk hambanya maka dia akan datangi hambanya dengan musibah dahulu. Kemudian barulah Allah akan gantikan dengan ganjaran yang sesuai untuk hamba-hambanya yang bersabar.

Sekarang, lantaran ditimpa ujian yang Maha berat ini, aku ingin mengingatkan diri aku dan sesiapa yg sewaktu dengan aku bahwa Allah itu Maha Adil dan menyayangi kitaorg. Jawapan samada korang akan hamil atau tidak akan terjawab bila sampai masanya yang sesuai. Hanya Allah maha mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk aku atau sesiapa yg childless menimang anak.

PERSETANKAN cakap orang. Kerja memberi rezeki memanglah macam seorang lagi rakan aku tu sebut - Ia kerja tuhan - bukan kerja kita... jadi buat apa buang masa memikirkan tentang masa hadapan kita. Itu merupakan satu pembaziran masa dan tenaga korang, Betol tak?

Rebutlah peluang untuk hidup dan menghayati saat saat pada hari ini kerana sekarang adalah hadiah tidak ternilai dari ALLAH!!! Mana tahu lantaran usaha gigih korang, kesabaran korang dan kepercayaan korang pada Tuhan maka Allah akan memberikan zuriat jua pada kitaorg lah. Insya'Allah.

Aku yakin Allah tidak akan menzalimi kitaorg.

LIVE TODAY FOR TODAY
NEVER GIVE UP
HAVE FAITH IN ALLAH!

PS: Pahamilah kami yg masih childless ni. Tak usah nak tanya bila nak anak tapi sebaliknya tanya bila nak gi holiday. Ahh sedap jugak aku dengar.

No comments:

Post a Comment