Tuesday, May 4, 2010

KEHABISAN.

Ini hari aku ngan suami gi ke clinic for another check-up kul 11.30pagi. Aku ingat kita gi jumpa doktor dulu, rupanya amek darah dulu dah. Berdebar sudah pasti lah. So .. guess what? Pertama kali nurse cocok.. eh darah tak kluar langsung! PELIK! Si nurse pon aku tengok tak familiar, umur agak tua, tak pakai sarung tangan..bila cocok pon mcm terketar-ketar. Alamak--parah! Dia tanya kau minum air tak tadi pagi? Aku ckp tak sebab aku takut nanti aysik nak terkencing pasal jap lagi kena ultrasound. Dia ckp it's important to drink water but mana lah aku tau tak minum air nyebab darah tak nak kluar kan! adoi.. lesson learn here!

(gambar diatas aku kebas dari google)

Dia cocok lengan kanan, then lengan kiri..(nurse stress, aku dan suami pon ikut stress!) Dia ckp kat kita, jap eh aku panggil nurse lain. MAKKK oiiii!!!!

So another nurse masuk, muda.. dia check lengan aku.. kanan dan kiri. ni time aku confident darah mesti kua nye. Adoii kena cocok lagi!!! TAKDE DARAH!!!! si nurse tua kasi aku segelas air.. aku togok sampai abis. Tunggu 5 minit, nurse muda cocok lagi.. dapat 2 tubes kecik jer. Niari dorang nak 5 tubes lah siak. haiyo!!! Bila dia try for tubes no. 3-- darah tak kua! huh!!!! So dia ckp kena amek darah dari tangan! Aku mcm nak cabut kua jer. Nurse muda tu ckp part cocok tangan dia kena panggil doktor sbb dia pon tak beberapa expert. WAHSEHH!

So doktor masuk..dia cocok tangan kanan dan kiri.. TAKDE DARAH NAK KUA! Eh siak betol lah, apa lah nasib aku..kemana darah-darah aku ni suma..tido ke. Doktor pon tanya aku ada minum air tak.. ngan malu aku ckp tak. Dia anjat katak! Dia ckp.. mesti kena minum at least 2l satu hari. Dia pon kasi tips.. in every room or corner, put a bottle of water. So dia cadang kita pergi bawah, jalan-jalan amek angin, minum air dan minum secawan kopi and balik semula ke clinic setengah jam kemudian.

So tiba dibawah clinic, aku togok 1l of water and secawan kopi then kita balik semula ke clinic. Alhamdullillah darah mengalir lincah. Dapat 3 tubes. SELAMAT.

TIPS: So kawan minum lah air sebanyak untuk kelancaran darah mengalir.

Tangan kiri dicocok 1 kali!!

Tangan kanan dicocok 1 kali!!

Lengan kiri dicocok 1 kali!!!

Lengan kanan dicocok 3 kali!!!

Total : 6 kali kena cocot!!!!!

Pelbagai pepatah yang kita dengar untuk menerangkan tentang hidup kita sebagai manusia. Antaranya ialah, 'langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah', 'bumi ibarat roda, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah'. Pepatah2 ni jelas sekali menunjukkan yang hidup kita ni tak selalunya indah dan dibuai perasaan gembira setiap masa. Setiap insan takkan terlepas daripada melalui ini semua. Begitu juga ngan aku sbb setiap manusia akan diuji oleh Allah. Cuma tugas kita adalah menghadapinya dengan tabah dan cekal. Jelas sekali Allah ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan umatnya dengan menurunkan pelbagai ujian. Kita sebagai hamba perlulah sentiasa redha dan menghadapinya dengan sabar. Sememangnya perit untuk di lalui. Tapi, InsyaAllah ada ganjaran yg menanti. ~ {sapphire blue}

No comments:

Post a Comment